Pages

Sunday, February 12, 2012

APA ITU ZIGGITYZOOM ?

http://www.ziggityzoom.com/

http://www.ziggityzoom.com/
Laman ZiggityZoom merupakan laman web yang mengambil seekor arnab bernama BunBun sebagai maskotnya.Laman ini mudah dilayari melalui susunan menunya yang jelas . Lima menu utamanya terdiri daripada permainan,mewarna,bercerita,dunia hiburan dan juga aktiviti . Selain permainan , ia juga menyediakan permainan yang boleh dicetak .


Selain itu, buku cerita interaktif yang disediakan di laman ini disediakan dengan fungsi penyelak halaman . Dengan itu anak anda akan merasakan bahawa mereka benar-benar sedang membaca buku sebenar . Walaupun lakaran kartunnya agak mudah dan kurang kompleks , namun jalan ceritanya telah digarap dengan kemas .


Selain itu , halaman buku ceritanya tidak sesak dengan teks . Pilihan fon juga menarik dan mudah dibaca . Antara tajuk cerita yang pasti menarik perhatian anak anda adalah seperti Easter Egg Book , Beakley Takes a trip , My little Pirete , Princess Little , dan Goodie Twoshoes-Being a Kind Person . Disamping itu , fungsi kawalan audio juga disediakan . Ini bermakna anak anda boleh memilih sama ada untuk membaca buku sambil mendengar teksnya dibacanya atau sebaliknya . Laman ini juga padat dengan aktiviti-aktiviti dalam talian yang pasti menggembirakan anak anda . Sebab itu memang tepat laman ini menggunakan motto  " A fun place to zoom around " .


SELAMAT MENCUBA !