Pages

Sunday, February 12, 2012

TEACHING IDEA



Assalamualaikum. hai semua. Ok hari ini kami ingin berkongsi mengenai maklumat mengenai  laman sesawang ‘ Teaching Idea ’.  ‘ Teaching Idea’ merupakan laman web yang memberikan idea dan sumber  untuk mengajar bagi pendidik-pendidik secara umumnya. Tapi ibu bapa pun boleh mengaplikasikan di rumah seiring dengan frasa yang kita selalu gunakan ‘ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anaknya ’ 


Jom kita tengok layout ‘Teaching Idea’ ini !

Apa yang menariknya website ini banyak berkongsi maklumat dan idea untuk mengajar dari tahun 1998 sehingga kini dan apa yang lebih menarik lagi ia disediakan secara PERCUMA ! Dengan adanya website ini, dapat membantu pendidik untuk mendapatkan bahan bantuan mengajar untuk mengajar. Terdapat sebanyak 130 aktiviti pengajaran boleh di dapati di dalam website ini. Selain itu, website ini juga menyatakan peringkat umur yang sesuai untuk diajar dengan menggunakan website mereka.
Hari ini kami ingin memfokuskan mengenai pengajaran matematik untuk kanak-kanak. Mungkin ada di antara kita menyatakan kesukaran untuk mengajar matematik pada usia awal kanak-kanak. Bolehkah mereka? Jawapannya boleh tapi perlu mengikut tahap umur kanak-kanak tersebut. 


JOM KITA TEROKA DI LAMAN WEB INI !



Ini di antara aktiviti yang boleh di lakukan oleh kanak-kanak. Apa yang kami dapat simpulkan, website ini  amat membantu untuk mengajar dan memperkenalkan pendidikan matematik pada usia awal kanak-kanak. Jom kita tengok antara contoh aktiviti.



Mudahkan ? Hanya meminta kanak-kanak untuk membulatkan nombor yang mereka lihat sahaja. Ia bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenal bentuk-bentuk  nombor.

Ok , ini pula contoh untuk mengenal konsep. Panjang atau pendek ?

Ok apa jawapannya ? hihi
JOM MENGIRA !


Langkah seterusnya, apabila kanak-kanak dah mengenal bilangan nombor, kita boleh mengajar mengenai konsep ‘+’  dengan cara yang mudah. Jom teroka di website ‘teaching idea’ ini.


Aktiviti seterusnya mengenal bentuk. Bentuk juga termasuk dalam matematik ye kawan-kawan .Banyak lagi aktiviti yang kita boleh dapati dalam website ini. Click sahaja di laman sesawang  www.teachingideas.co.uk .

Walaupun kita dapat perhatikan laman web ini amat menarik tetapi terdapat sedikit kekurangan di website ini iaitu website ini tidak menunjukkan umur yang spesifik untuk melakukan aktiviti bagi ‘early years’.


SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA !