Pages

Sunday, February 12, 2012

BELAJAR MATEMATIK ONLINE ?


Assalamualaikum dan hai semua !
你怎么样?


Kami masih lagi ingin berkongsi maklumat mengenai Matematik dan kanak-kanak . Mesti kalian tertanya-tanya kenapa asyik kanak-kanak sahaja? Ini kerana kami berada dalam jurusan Pendidikan awal kanak-kanak.
Kita teruskan dengan laman sesawang yang seterusnya iaitu IXL(http://www.ixl.com) . Latar belakang laman web ini sangat menarik. Sejuk mata memandang.
Laman web ini membolehkan kanak-kanak belajar secara online. Apa yang kami dapat perhatikan website ini memperjuangkan Matematik sebagai daya tarikan lamannya dan menyediakan aktiviti dalam pelbagai peringkat umur iaitu untuk taska, prasekolah dan sekolah rendah. Jom kita teroka!!


Cantikkan?
Jom teroka bahagian Pre-K pula…

Keunikan di bahagian kanak-kanak ini, laman web IXL ini akan dapat mengetahui markah kanak-kanak dan tahap kesukaran akan meningkat mengikut keupayaan kanak-kanak. Di bahagian Pre- K ini menawarkan aktiviti bentuk, mengira sehingga nombor tiga, lima, sepuluh dan dua puluh. Ia juga menekankan mengenai kedudukan, saiz, perbezaan , persamaan dan yang uniknya ia mengajar mengenai mata wang.
Psssssstttttt jom tengok antara contoh aktiviti di website IXL ini :


Contoh aktiviti untuk mengenal pasti kedudukan..Tandakan jawapan yang betul dan ‘submit’ je..


Kalau jawapan betul.....jika tidak….


Jika jawapan salah dan apa yang menariknya website ini akan memberikan penjelasan kepada kanak-kanak kenapa jawapan mereka salah seperti ini ;


Penjelasan yang diberikan pada jawapan yang salah.
Seronok? Untuk meneroka lebih lanjut jom kita klik di www.ixl.com ..
Setiap kelebihan pasti terselit juga kekurangannya. Apa yang kami dapati berlaku kekurangan di bahagian penjelasan ketika jawapan salah. Kami berpendapat di bahagian penjelasan tersebut, kanak-kanak mungkin akan lebih memahami jika gambar yang ditunjukkan bergerak dan mempunyai suara. Ia mungkin akan menambahkan pemahaman kanak-kanak…
Ok lah , kawan-kawan pensil dan krayon, selamat meneroka..!!!


Salam sayang dari kami..