Pages

Sunday, February 12, 2012

PENGGUNAAN ICT DAN KANAK-KANAK

 KOMPUTER

Assalamualaikum . Hai semua . Tajuk hari ini kita akan bincangkan Penggunaan Ict dan kanak-kanak. Kanak-kanak dan IT boleh ke? Kanak-kanak dan komputer bukan lagi satu perkara yang asing.Walaubagaimana pun kadang-kadang kita sebagai orang dewasa atau pendidik sering ragu-ragu untuk memberikan kanak-kanak menggunakan ict mungkin kerana takut barangan elektronik ini rosak atau sebab lain-lain. Perasaan ini perlu ditangkis agar kanak-kanak dapat meneroka dengan lebih lagi. 

Namun begitu, sebagai ibu bapa atau pendidik , seharusnya memantau segala aktiviti kanak-kanak yang melibatkan penggunaan komputer. Tidak semua laman web atau perisian sesuai untuk kanak-kanak. Ada sesetengahnya berunsur ganas malah terdedah pada perkara yang boleh memanipulasi fikiran mereka. Dengan mematuhi garis panduan serta kawalan yang cukup, komputer boleh diguna pakai dalam membantu meningkatkan proses pembelajaran kanak-kanak agar lebih mudah dan menarik. Dalam erti kata lain, jika dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa, teknologi ini mampu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Teknologi juga dapat memberikan keseronokan dalam proses pembelajaran kanak-kanak.

Menurut kajian pakar, pendekatan bermain sambil belajar (edutainment) dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak. Ia juga mampu membakar semangat ingin tahu dalam diri mereka melalui aktiviti penerokaan dan penemuan. Selain itu ia juga boleh mempertingkatkan kemahiran motor kasar dan halus jari-jemari mereka hasil interaksi dengan tetikus. Selain itu, pendekatan edutainment juga mampu mencetus pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan kanak-kanak terutamanya ketika menggunakan alatan ICT ini. Apa yang dapat simpulkan disini ICT merupakan sesuatu yang universal iaitu boleh digunakan oleh setiap peringkat umur dan membawa kebaikan jika kita memanfaatkannya dengan betul .

SELAMAT MENCUBA !