Pages

Sunday, February 12, 2012

FUNBRAIN YANG MENARIK DAN BERKUALITI UNTUK KANAK-KANAK !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua . pernah dengar tak FunBrain ? Bunyi pun macam fun je kan . Kali ini kami ingin berkongsi satu lagi laman web yang agak menterujakan kami terutamanya  kanak-kanak . Jom kita sama-sama terokai apa yang ada dalam laman web ini .

http://www.funbrain.com/

http://www.funbrain.com/


Laman ini menawarkan permainan berunsurkan pembelajaran yang menarik dan berkualiti . Buktinya sejak ia wuud lebih 50 anugerah telah dimenanginya .Ini termasuk anugerah Digital Dozen yang diterima daripada Eisenhower National Clearinghouse for Mathemathics and Science Education .

Pada laman ini ,anak anda boleh mempelajari subjek matematik selain membaca dan meningkatkan kemahiran tatabahasa . Antara permainan popular ialah seperti Math Baseball , Number Cracker , Spell Check , Connect the Dots,Guess the color dan banyak lagi .

Selain itu, antara permainan klasik Fun Brain adalah seperti Math Baseball , The Plural Girls,Proton Don,Grammar Gorillas dan Math Car Racing . Selain hanya bermain , fungsi interaktiviti juga disediakan dimana anak anda turut boleh bersembang (chat) . Tidak ketinggalan, maklumat yang disediakan disini amat berguna untuk para guru bagi dijadikan alat bantu mengajar . Bagi mengekalkan kualiti kandungan pembelajaran , bagi setiap permainan , sentiasa tertumpu pada konsep nombor dan perkataan sebagai fokus utama .

Disamping itu , laman ini memuatkan lebih kurang 40 permainan yang pasti mengasyikkan anak anda . Watak kartun juga digunakan untuk mendampingi anak anda sepanjang mereka belajar . Permainan yang dihasilkan dengan perisian Flash juga pantas dimuat turun tanpa memerlukan anda memasang (install) perisian yang lain .

Paling penting , FunBrain.com menyediakan anda dan anak anda bahan pembelajaran yang menyeronokkan secara percuma . Bukan itu sahaja , anda juga tidak "dipaksa" untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan laman ini .

SELAMAT MENCUBA LAMAN  WEB YANG MENARIK INI !